PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )
Penutup = AK + AC + AH |
Ayat Kesimpulan (AK)
·Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
·Merumuskan keseluruhan karangan.
·Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).
Ayat Cadangan (AC)
·Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
·Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
·Tidak memerlukan huraian panjang.
Ayat Harapan (AH)
·Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
·Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
·Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.
Peringatan :
·Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
·Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
·Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.