ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )



Isi = AT + AH + AC + AP

CONTOH ISI

Ayat Topik (AT)

·Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.

·Ditulis pada permulaan ayat.

·Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.


Ayat Huraian (AH)

·Terdiri daripada satu hingga lima ayat.

·Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

·Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.


Ayat Contoh (AC)

·Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.

·Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

·Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.


Ayat Penegas (AP)

·Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

·AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.


Peringatan :

·Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

·Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

·Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).

I BUILT MY SITE FOR FREE USING